PASUKAN KAMI

Nilai Teras Kami

Komitmen

Keghairahan kami amat tinggi dengan misi kami untuk berdedikasi dan komited untuk memahami dan memenuhi keperluan pembeli dan peniaga yang berjual-beli dalam talian. Kami setia dan berhasrat untuk membina ekosistem dalam talian dengan jenama yang dipercayai dan produk berkualiti yang akan memberi manfaat kepada semua orang.

Kesepaduan

Kami menjalankan perniagaan kami secara beretika dan mematuhi semua sistem dan undang-undang dalaman kami. Kami melakukannya dengan mengatur peraturan dan etika syarikat, ketelusan rantaian bekalan dan pengurusan kualiti. Kami berkomunikasi dengan jujur, secara terbuka dan bertanggungjawab dengan hubungan dalaman dan perniagaan.


Strategi

Bersikap strategik selalu bersedia di barisan hadapan kami. Kami merancang, menganggarkan risiko, dan memastikan kami mempunyai strategi yang terbaik sebelum berlayar, untuk kami bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran yang akan datang.


Pelanggan Diutamakan


Keutamaan syarikat kami adalah kepentingan pengguna dan pelanggan kami. Kami yakin akan berjaya apabila pelanggan kami berjaya maka kami menghargai dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan servis yang terbaik yang dapat kami sampaikan kepada pelanggan kami.


Kepimpinan

Kami menghargai kemahiran kepemimpinan yang baik di mana bukan sahaja seorang individu dapat memimpin dan menyelesaikan projeknya sendiri, tetapi kami juga percaya kepada kualiti dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada orang lain untuk menyelesaikan tugas bersama.

Berkualiti

Kami berusaha untuk memberikan kualiti terbaik kepada pelanggan kami kerana kami tahu bahawa kualiti boleh menjayakan atau menghancurkan perdangangan. Oleh itu, kami menetapkan piawaian untuk semua barang yang boleh dihantar dan tidak pernah pergi lebih rendah.

Pembelajaran Berterusan

Pembelajaran adalah satu pengembaraaan, kami memperoleh kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai murni melalui pembelajaran berterusan dan setiap orang di Bullmart mempunyai rancangan pembangunan yang diaturkan untuk mereka. Syarikat kami memberi peluang belajar kepada semua orang untuk memperkuat kemahiran dan berkembang bersama syarikat

Bertanggungjawab

Kami percaya kejayaan syarikat terletak pada pasukan utamanya dan semua orang di Bullmart mempunyai tanggungjawab bersama dalam memastikan kejayaan syarikat. Kami menjalankan tugas kami dengan bangga dan bertanggungjawab dan kami amat teliti dalam setiap hasil tugasan kami, sehingga ke tugas yang paling kecil sekalipun kami menerapkan standard yang tinggi.


Sistematik

Kami yakin kunci untuk mengembangkan suatu perniagaan dengan lancar memerlukan kami untuk menjadi sistematik. Oleh itu, dengan mendokumentasikan, mengotomatisasi dan mendelegasikan, pasukan kami mampu menjalankan tugas dan memenuhi standard yang ditetapkan dan membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar.

Inovatif

Kami sentiasa berusaha untuk mentakrifkan semula standard kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan. Oleh itu, kami terbuka untuk idea yang mencabar pandangan konvensional dan mendorong inovasi. Satu-satunya pemalar dalam hidup adalah perubahan dan kita percaya bahawa untuk terus relevan, kita harus terus mengikut arus perubahan dalam keperluan masyarakat.

Kerjaya

Jadilah sebahagian pasukan Bullmart